Tupai muncung
Tupai muncung

Tupai muncung

Tupai muncung[3] atau cencurut pokok ialah mamalia kecil yang tempatan dari hutan tropika di Asia Selatan dan Tenggara. Ia membentuk keseluruhan order Scandentia, yang dipecahkan kepada dua keluarga: Tupaiidae (19 spesies, tupai muncung "biasa"), dan Ptilocercidae (satu spesies, tupai akar malam).Biarpun turut dipanggil "cencurut pokok", dan awalnya pernah dikelaskan dalam Insectivora, ia bukanlah cencurut sebenar dan bukan semua spesies hidup di atas pokok. Ia maserba; antara hal lainnya, tupai muncung makan buah.Tupai muncung mempunyai purata otak dengan berat badan yang lebih tinggi berbanding mana-mana mamalia lain, termasuk manusia,[4] namun purata tinggi bukanlah tidak umum untuk binatang yang beratnya kurang daripada 1 kg (2 lb).Di kalangan order mamalia lain, tupai muncung berkait rapat dengan primat, dan ada dipakai sebagai alternatif bagi primat dalam penyelidikan uji kaji bagi miopia, tekanan psikososial, dan hepatitis.[5]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tupai muncung https://cites.org/eng/app/appendices.php https://www.mabjournal.com/index.php?option=com_co... https://web.archive.org/web/20100601201841/https:/... http://genome.wustl.edu/genomes/view/tupaia_belang... http://www.unifr.ch/inph/vclab/assets/files/PDFs/C... https://doi.org/10.1034%2Fj.1600-0684.2003.00022.x https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12823622 https://api.semanticscholar.org/CorpusID:16910445 https://archive.org/details/walkersmammalsof0001no... https://archive.org/details/walkersmammalsof0001no...